Amira Rose

Amira Rose ialah sebuah siri drama televisyen mini Malaysia 2018 arahan Azma Aizal Yusoof, dibintangi oleh Farah Nabilah sebagai watak tajuk dan dibintangi bersama oleh Aiman Hakim Ridza.[1][2][3] Ia mengisahkan tentang kisah percintaan Rahman dan Amira Rose yang bekerja sebagai vlogger dan penulis. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 17 Jun 2018 hingga 10 Julai 2018.[4]Ia ditaja oleh Samsung.[5][6] Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[7]

Amira Rose

Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Syarikat pengedaran Primeworks Studios
Penerbit eksekutif
  • Elaine Soh
  • Nini Yusof
  • Ahmad Izzat Latip
Pengarah Azma Aizal Yusoof
Penerbit Aween Adly
Format gambar 1080i (HDTV)
Format audio Dolby Digital
Syarikat penerbitan Runlowboy
Tempoh siaran 10–30 minit
Siaran asal 17 Jun 2018 – 10 Julai 2018
Bilangan episod 6
Penyunting
  • Rafiq Ghazali
  • Basil Faizal
Dibintangi oleh
Genre Melodrama
Ditulis oleh Syarul A.
Saluran asal TV3